Striemo, ini contoh kenderaan sekarang dan masa depan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Striemo
Striemo
Honda Motor Co., Ltd pada 13 Jun mengumumkan penubuhan Striemo Inc. iaitu usaha niaga kedua yang berasal dari program IGNITION.

IGNITION adalah satu program bernas yang terbuka kepada semua pekerja Honda di Jepun.

Para pekerja Honda boleh menyumbang untuk menyelesaikan isu yang dihadapi orang ramai dan mencipta nilai baharu untuk pelanggan dan masyarakat.

Idea yang lulus penilaian akhir akan dikomersialkan melalui syarikat dalaman atau usaha niaga pemula (startup).

Bagi memastikan syarikat pemula tersebut kekal bebas, Honda hanya boleh menyumbang modal tidak lebih daripada 20 peratus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Striemo

 

Striemo Inc. adalah hasil program IGNITION dan sudah pun mempunyai sebuah produk yang menarik.

Produk tersebut juga dinamakan sebagai Striemo, sebuah kickboard atau kenderaan mikro mobiliti elektrik tiga roda yang boleh dinaiki seorang individu.

Bukan lagi produk konsep atau kajian makmal, Striemo dijadual untuk mula dijual di Jepun sebelum penghujung tahun ini dan di Eropah pada tahun 2023.

Apa yang menarik tentang Striemo? Ianya direka supaya stabil dan sukar untuk jatuh pada semua tahap kelajuan.

Kelebihan tersebut dicapai melalui rekaan struktur yang mesra penunggang atau mudah untuk mengekalkan keseimbangan.

 

Striemo

 

Struktur unik itu dibangunkan melalui rekabentuk yang jitu atau tepat dengan imbangan pusat graviti (cog) dikira berdasarkan satu persepuluh milimeter dan mekanisma bantuan imbangan.

Apa fungsi kickboard ini? Banyak sebenarnya dan berdasarkan kegunaan semasa boleh dijadikan sebagai kenderaan jarak awal (first mile) dan jarak akhir (last mile).

Sebagai contoh ianya boleh digunakan untuk berulang alik ke stesen LRT atau dalam konteks tempatan ke surau dan sebagainya.

Baru-baru ini kerajaan negara kita mengumumkan pengharaman kenderaan mikro mobiliti di jalan raya.

Di Jepun pun ada undang-undangnya.

 

Striemo

 

Di sana, produk sebegini dikelaskan di bawah basikal bermotor Kelas 1 dan penunggang memerlukan lesen, topi keledar, nombor pendaftaran dan insurans.

Selain itu, penunggang juga tidak boleh menggunakannya di laluan basikal atau pesiar kaki.

Ada lagi, hanya pengguna yang berusia 18 tahun dan ke atas dan mempunyai lesen basikal bermotor Kelas 1 sahaja dibenarkan untuk membelinya.

Berkenaan spesifikasi, Striemo pasaran Jepun mempunyai kelajuan maksimum 25 km/j dan tiga mod tunggangan dengan had kelajuan 6 km/j, 15 km/j dan 25 km/j.

 

Striemo

 

Jarak tunggangan dengan cas penuh ialah 30 kilometer dan bergantung kepada cara tunggangan. Masa untuk pengecasan penuh pula memerlukan 3.5 jam.

Dari segi dimensi, Striemo berukuran 1090 mm panjang, 480 mm lebar, 1180 mm tinggi dengan berat sekitar 20 kilogram.

Striemo boleh dilipat dua untuk dimasukkan di dalam kereta atau disimpan bagi menjimatkan ruang.

Harga pula belum diumumkan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Striemo

 

Tags