Strategi baharu pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun terdapat beberapa laporan yang menyebut Nissan berkemungkinan besar berpisah daripada pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, ketiga-tiga pengeluar tersebut nampaknya telah pun bersepakat dengan perjanjian baharu yang termeterai baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di Yokohama, Jepun, Renault, Nissan dan Mitsubishi telah mengadakan mesyuarat Alliance Operating Board bagi memperkukuhkan lagi hubungan mereka demi menghadapi masa depan yang kian mencabar. 

Menurut Jean-Dominique Senard, pengerusi Alliance memberitahu para wartawan bahawa perjanjian baharu tersebut mampu menambahbaik kolaborasi dan keberkesanan operasi tanpa memerlukan proses gabungan.

Perjanjian baharu yang termeterai merangkumi beberapa langkah inisiatif termasuklah melantik setiap jenama sebagai syarikat rujukan berdasarkan beberapa lokasi yang ditetapkan - Nissan akan menerajui pasaran China, manakala Renault pula kekal di Eropah dan Mitsubishi akan menguasai pasaran Asia Tenggara.

Ketiga-tiga entiti tersebut turut bersetuju untuk mengadaptasi model 'pemimpin/pengikut' untuk pembangunan platform masa hadapan, trenkuasa dan teknologi yang berkaitan, seperti apa yang telah dilakukan sebelum ini. 
 

sumber: Financial Times

Selain daripada itu, Renault-Nissan-Mitsubishi turut bersetuju untuk menyatukan nilai emisi CO2 untuk mematuhi regulasi European Union. 

Dengan cara ini, mereka akan dinilai berdasarkan satu syarikat apabila organisasi EU menilai kadar purata pelepasan emisi barisan model mereka. 

Renault juga dilaporkan bakal memproduksikan van yang akan dipakaikan jenama Mitsubishi berdasarkan model Traffic dan akan dijual di pasaran Oceania.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada rakan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, crossover ASX tersebut kini…
Berita Global
Serentak dengan itu, Mitsubishi turut mendedahkan imej acah model Colt yang bakal muncul pada tahun…
Berita Global
Berdasarkan pengumuman terbaharu yang dibuat, generasi baharu crossover Mitsubishi ASX akan…