Ini bermakna, Nissan mempunyai empat model tambahan untuk diperkenalkan pada masa hadapan berbanding perancangan asal yang diumumkan pada tahun 2021.
Untuk pasaran automotif terbesar China, Nissan mengesahkan sebuah EV baharu akan dihasilkan dan muncul secara rasmi pada tahun 2024.

Antara EV yang telah dirancang sebelum ini termasuklah generasi baharu Nissan LEAF berupa sebuah crossover, supermini Micra, serta model pengganti kepada Nissan Juke, Qashqai dan X-Trail yang akan muncul 2025 hingga 2027.
Menurut Nissan, perubahan strategi itu adalah sebagai satu respons kepada perubahan permintaan di kalangan pelanggan serta persekitaran perniagaan.
Dari sudut penjualan, Nissan menyasarkan peratusan kenderaan berelektrik meningkat kepada lebih 44 peratus menjelang tahun 2026 di peringkat global.

Di pasaran Eropah, mereka meramalkan 98 peratus jualan kereta baharu terdiri daripada model berelektrik (berbanding 75%), diikuti dengan 58 peratus di Jepun (berbanding 55%), 40 peratus di Amerika Syarikat serta 35 peratus di pasaran China.