Stout Scarab van mini produksi pertama di dunia, dilancarkan pada tahun 1936!

oleh Muhammad Md Tajudin|
1936-Stout-Scarab-car-photo-1-credit-Michael-Furman
Sejarah van memang lama, setahu penulis kenderaan jenis ini bermula selepas pengenalan Volkswagen Kombi Type 2 pada tahun 1949. Ternyata penulis silap selepas membaca artikel tentang Stout Scarab, sebuah van mini yang dikeluarkan pada tahun 1936.

Van Scarab adalah hasil cetusan ilham seorang jurnalis yang juga jurutera automotif dan penerbangan bernama William Bushnell Stout.

Ciptaan beliau ini dipengaruhi oleh Buckminster Fuller yang merupakan seorang penulis, arkitek dan pereka yang bertanggung jawab membina kenderaan prototaip Dymaxion pada tahun 1933.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
1936-Stout-Scarab-car-photo-1-credit-Michael-Furman

Dymaxion adalah sebuah kenderaan unik dengan bentuk seperti air mata dan mampu membawa sejumlah penumpang dan hanya mempunyai tiga roda.

Lebih mengujakan apabila Dymaxion merupakan wawasan Buckminster untuk satu hari nanti kereta terbang menjadi realiti.

Satu lagi fakta ialah VW Kombi Type 2 mempunyai persamaan dari segi konsep Dymaxion yang hanya terhenti setakat tiga buah model prototaip sahaja.

Berbeza dengan Dymaxion, William berjaya menjadikan van Scarab sebuah kenyataan namun impian beliau berakhir setakat sembilan unit sahaja. Scarab memakan masa untuk dihasilkan dan harga jualan berjumlah $5,000 atau bersamaan $100,000 pada hari ini di antara faktor ia dihentikan.

Dengan hanya sembilan unit dihasilkan, masihkah lagi wujud van ini?

 

1936-Stout-Scarab-car-photo-1-credit-Michael-Furman

 

Jawapannya iya, Stout Scarab masih wujud dengan status yang sangat rare dan bakal dibawa ke Concours of Elegance, sebuah pameran dan himpunan kereta klasik yang diadakan di Istana Hampton Court, United Kingdom.

Acara pada tahun ini bermula dari 6 hingga 8 September dan dibuka kepada orang ramai, selain Scarab penganjur turut mempamerkan model unik seperti Aston Martin Zagato dan sebuah model unik Ferrari.

Salah satu keunikan van Scarab ialah reka bentuknya yang dipengaruhi oleh gaya art deco, selari dengan era ianya dibina dan malar segar sehingga ke hari ini. 

Unit yang dipamerkan ini adalah saksi kepada sejarah penting dunia, ia dikatakan sebahagian daripada tempat pertemuan Jeneral Eisenhower dan Charles de Gaulle semasa perang dunia kedua yang kemudian dilantik menjadi Presiden Perancis.

 

1936-Stout-Scarab-car-photo-1-credit-Michael-Furman

 

Pada era 50an, van ini digunakan oleh seorang pemilik sirkus untuk membawa monyet peliharaan ke merata destinasi bagi membuat pertunjukan. Van ini kemudian dijual kepada pereka reka bentuk industri yang menyimpannya di sebuah muzium di Reims, Perancis.

Pemilik sekarang membaik pulih van bersejarah dan berharga ini pada tahun 2001 dan menjaganya dengan baik sehingga kini.

Stout Scarab adalah sejarah dunia automotif, ianya bukan setakat van unik tetapi luar biasa. Van ini hadir melawan arus pada era kereta penumpang mewah seperti Bugatti Type 41 dan 46. Stout Scarab juga adalah moyang kepada van atau MPV yang ada pada hari ini, respect!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

1936-Stout-Scarab-car-photo-1-credit-Michael-Furman