StoreDot umum sel bateri format 4680, boleh dicas penuh dalam 10 minit!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pembangun teknologi bateri dari Israel, StoreDot baru-baru ini mengumumkan sel bateri berformat 4680 yang mampu dicas penuh dalam tempoh 10 minit.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sel bateri 4680 merujuk kepada saiz 46 mm x 80 mm, di mana dimensi itu adalah jauh lebih besar berbanding sel bateri silinder yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Unit sel bateri baharu itu telah pun dibangunkan selama lebih tiga tahun dan unit prototaip sedang diuji secara ekstensif sebelum unit contoh bakal diproduksikan oleh EVE Energy - rakan pengeluar StoreDot di China.

Tesla sebelum ini memperlihatkan sel bateri 4680 mereka pada tahun lalu di mana format baharu ini didapati mampu meningkatkan kadar kecekapan bateri untuk kenderaan elektrik Tesla.

Tidak seperti bateri StoreDot yang mampu dicas dalam masa 10 minit, bateri 4680 yang diumumkan oleh Tesla itu dikhabarkan boleh dicas penuh dalam tempoh 15 minit.

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Perlumbaan untuk menghasilkan bateri lithium soild state adalah perlumbaan paling ketara sekarang…
Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…