Stok Zeekr 01 untuk tahun 2021 habis terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Jenama kenderaan elektrik premium terbaharu dari Geely, Zeekr dilaporkan kehabisan stok model shooting brake EV Zeekr 01 untuk tahun ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut berita daripada Reuters, Ketua Eksekutif An Chonghui memberitahu kesemua unit yang dijadualkan pengedarannya pada tahun ini telah pun habis terjual, melihatkan kepada peningkatan permintaan terhadap EV di China.

Selain Zeekr 01, pasaran itu juga turut melihat peningkatan permintaan terhadap model-model EV Tesla dan juga Nio.

Zeekr 01 merupakan model produksi kepada konsep Lynk & Co Zero yang diperlihatkan tahun lalu.

 


Secara kasarnya, Zeekr 01 mendapat beberapa perubahan kecil dari segi rekaan, seperti contoh pemegang pintu tertanam di dalam badan, rekaan pintu tanpa rangka yang mampu terbuka sendiri apabila pemandu menghampiri kenderaan, pemasangan penderia pada fender hadapan dan penjenamaan Zeekr pada bar lampu belakang menggantikan Lynk & Co.

Zeekr 01 dibangunkan menggunakan platform baharu Geely SEA dengan konfigurasi motor elektrik berkembar yang mampu menghasilkan 536 kuasa kuda, 700 Nm daya kilas, yang menyalurkan kuasa menerusi sistem pacuan semua roda.

Ini membolehkan Zeekr 01 memecut sepantas 3.8 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan tertinggi 200 km/j.

 


Pek bateri pula ditawarkan dalam dua kapasiti iaitu 86 kWh dan 100 kWh di mana Zeekr 01 menjanjikan jarak operasi sejauh 700 km untuk sekali cas penuh.

Sistem pengecasan pantas 360 kW pula membenarkan pemilik menambah jarak operasi sejauh 120 km dengan hanya lima minit masa pengecasan.

Baca: Spesifikasi Zeekr 01

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenapa bandar tersebut dipilih? Menurut penerangan menerusi saluran Youtube Mobileye, bandar New…
Berita Global
Hasilnya, Zeekr tampil dengan model Zeekr 01 yang merupakan versi produksi kepada model konsep Lynk…