Steyr Konzept - konsep traktor hibrid dengan lima motor elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Steyr Konzept merupakan sebuah traktor konsep yang dipamerkan buat kali pertama pada lewat tahun 2019 yang menampilkan sistem trenkuasa hibrid yang cukup unik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem trenkuasa yang dimaksudkan itu terdiri daripada enjin diesel, sebuah generator, pek bateri yang diposisikan di bahagian tengah, serta lima motor elektrik yang boleh dikawal secara berasingan dan dipasang pada hab tayar.

Menurut Steyr lagi, traktor hibrid ini juga tidak memerlukan sebarang transmisi mekanikal dan komponen hidraulik.

 


Dengan pemasangan motor elektrik pada setiap hab tayar, ia telah berjaya mengurangkan bilangan komponen yang bergerak dan sistem boleh menyalurkan kuasa kepada bahagian yang diperlukan dengan lebih berkesan tanpa sebarang kekurangan kuasa terutama ketika bergerak di atas laluan yang licin.

Selain daripada itu, sistem hibrid yang kompleks itu berkeupayaan untuk mengembalikan semula tenaga dan menyimpan tenaga ketika sedang bergerak menuruni cerun.

 


Disebabkan itu, konsep traktor ini telah dinamakan sebagai pemenang anugerah Good Design Award 2020 disebabkan idea yang kreatif dan praktikal, selain mengiktiraf sistem trenkuasa hibrid yang bukan sahaja inovatif, malah saiznya yang cukup kompak.

Antara teknologi lain yang dipasang pada Steyr Konzept ini termasuklah unit dron yang dilengkapi dengan penderia tanaman dan mampu menghantar data kembali ke dalam kabin dalam masa nyata, paparan head-up serta skrin paparan yang terbina pada skrin sebelah kanan.