Stesen minyak dipaksa papar perbandingan harga bahan api?

oleh Mohamad Hanif|
Isu perbandingan harga bahan api antara negara di dunia dan ASEAN bukanlah suatu yang baharu diperkatakan, malah ia kerap juga dijadikan bahan kempen, baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut sepucuk surat arahan yang dimuatnaik oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sedikit menimbulkan tanda tanya. 

 


Arahan surat tersebut antara lain 'memaksa' memaparkan perbandingan harga bahan api di negara-negara Asean di premis perniagaan masing-masing. 

Turut dimuatnaik adalah jadual perbandingan harga petrol dan diesel di negara-negara yang lebih mahal harganya seperti Singapura, Laos, Thailand, Kemboja, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Myanmar. 

Kebenaran surat yang dipaparkan ini belum dapat dipastikan lagi memandangkan tidak banyak portal berita yang melaporkan berita ini sejak semalam. 

Bermula dari awal tahun ini, kerajaan telah menggunakan mekanisme apungan harga automatik (APM) secara mingguan berbanding bulanan tahun lalu. 

Ini bermakna, setiap minggu kita akan mendengar pengumuman perubahan harga bahan api menerusi media sosial, sama ada turun atau naik bergantung kepada harga pasaran dunia semasa. 

Berita Berkenaan

Informasi
  Ditubuhkan pada tahun 2019, Bjak.my menarik berjuta-juta pemilik kenderaan persendirian untuk…