Stesen minyak dapat kenaikan komisen 3 sen - Guan Eng

oleh HEZERI SAMSURI|

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan akan menaikan komisen pnegusaha stesen minyak sebanyak 3 sen.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet 2 Januari lalu dan beliau berkata ia akan membantu menutup kerugian akibat penurunan harga bahanapi tersebut.

"Saya tidak tahu jumlah sebenar komisen mereka tetapi kenaikan 3 sen ini besar dan ia sepatutnya dapat menutup kerugian mereka," ujar Guan Eng.

Beliau menjawab soalan berkaitan pengusaha stesen minyak yang bakal kerugian RM30 juta ke RM40 juta kerana penurunan harga tersebut.

Semalam harga bahanapi itu menurun sehingga 27 sen untuk petrol RON95 akibat penggunaan sistem apungan mingguan.

* Laporan asal dari The Star

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kabinet masih lagi tidak dapat membuat keputusan berkaitan harga minyak.  Semalam, sidang Kabinet…
Berita Domestik
Harga mingguan untuk petrol RON95 akan dihadkan kepada RM2.20 walaupun harga pasaran lebih dari itu…
Berita Domestik
Harga runcit untuk bahanapi petrol RON97, RON95 dan diesel akan dikekalkan pada harga sekarang buat…