Stesen minyak boleh jual harga bawah paras harga cadangan kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Stesen-stesen minyak dibenarkan untuk menjual produk petroleum mereka (petrol dan diesel) di bawah paras harga yang dicadangkan oleh kerajaan sekiranya mereka mahu bersaing sesama sendiri.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna berkata sekarang ini kesemua 3,500 buat stesen minyak dari enam pemain utama menjual bahan api dengan harga yang diumumkan oleh Mekanisma Harga Automatik (APM) yang diterbitkan setiap minggu.

"Jika keenam-enam syarikat petroleum itu menggunakan prinsip persaingan melalui inovasi dan efisiensi, mereka boleh menurunkan lagi harga bahan petroleum itu," ujarnya.

"Jika ini dipraktikan, kita akan melihat stesen-stesen minyak menjual dengan harga-harga yang berlainan," ujar beliau kepada media semasa Simposium Persaingan Adil dan Kos Sara Hidup semalam di Putrajaya.

Saifuddin juga berkata kerajaan sudah bersedia untuk memberi bantuan dan juga kelebihan sekiranya syarikat petroleum menurunkan harga bahan api tersebut.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Penanda aras Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate melonjak 1.2 peratus kepada AS$25.60…
Informasi
  Kontrak itu ditutup kira-kira tiga peratus lebih tinggi di New York semalam, pulih daripada…
Berita Global
  Dalam satu kenyataan, organisasi tersebut berkata: "Banyak stesen petrol akan ditutup pada…