Stesen hidrogen meletup di Norway, Toyota henti sementara penjualan Mirai

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Isnin lalu, sebuah stesen hidrogen didapati meletup di Sandvika, Norway dan kejadian tersebut mengakibatkan dua orang mangsa tercedera. 

Insiden letupan tersebut memaksa syarikat pengendali stesen tersebut, Uno-X menutup sementara operasi pengisian bahan api jenis hidrogen di 10 lokasi sebagai langkah berjaga-jaga. 

Sementara itu, Toyota dan juga Hyundai didapati menghentikan sementara penjualan kenderaan sel bahan api hidrogen di negara tersebut. 

Menurut pengurus Toyota Norway, Elspen Olsen mengesahkan pihak mereka menghentikan sementara penjualan sehingga mereka mendapatkan maklumat terperinci berkenaan kes ini. 

"Selain daripada itu, agak mustahil bagi kenderaan sel bahan api untuk mengisi kembali bahan api hidrogen, jadi sebagai langkah praktikal, adalah lebih baik kami hentikan sementara (penjualan).
 


Manakala bagi pelanggan yang memiliki Toyota Mirai, pihak Toyota Norway akan menyediakan kenderaan pinjam sementara sehingga kes ini berjaya diselesaikan. 

Namun, kejadian ini tidak mengubah pendirian Toyota terhadap masa hadapan kereta sel bahan api. 

"Kereta hidrogen adalah terbukti selamat, sama seperti kereta-kereta biasa di pasaran.

"Secara faktanya, tangki hidrogen adalah sangat kukuh, anda boleh cuba menembak tangki tersebut dengan pistol tanpa mengakibatkan sebarang letupan. 

Hyundai sebagai sebuah lagi pengeluar yang menjual kenderaan sel bahan api hidrogen turut mengulangi kenyataan yang dikeluarkan oleh Toyota. 

Sumber: Electrek