Stesen cas kenderaan EV yang pertama di Genting Highlands dirasmikan

oleh SALINA JALIL|
Resorts World Genting (RWG) bersama Schneider Electric Malaysia (SEM) secara rasminya telah melancarkan stesen pengecas kenderaan elektrik (ChargeEV) yang pertama di Genting Highlands Premium Outlets (GHPO) tengahari tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

ev station

 

Pemasangan 9 unit stesen pengecas untuk kenderaan EV ini terletak di kawasan parkir bangunan tersebut. Setiap satu stesen pengecas berkuasa mengecas 7.4kW (kilowat) dan memerlukan lebih kurang satu jam untuk mengecas sepenuhnya.*(berdasarkan kendaraan dari jenama BMW dan berbeza mengikut jenama dan model kenderaan).

 

 

 

Ganaesan Subramaniam, Naib Presiden Bahagian Operasi Hotel (RWG) telah berkata,"kami faham akan peredaran masa di mana kenderaan elektrik telah mula mendapat tempat di kalangan pengguna-pengguna jalan raya termasuk di Malaysia.

 

Dari kaji selidik tentang pasaran kenderaan EV ini, angka jualan kenderaan tersebut melonjak naik sehingga 2 juta unit pada tahun 2018 secara global.

 

Kami juga turut memahami permasalahan yang terjadi kepada pemilik kenderaan-kenderan elektrik. Kami turut menyokong setiap usaha untuk mengurangkan pencemaran udara.

 

Di Awana SkyCentral Transportation Hup Carpark/ parkir GHPO terdapat sebanyak 5,000 petak letak kereta. Kami menggalakan pengunjung untuk park and ride kerana ia mengurangkan kesesakan dan mengurangkan percemaran udara.

 

Dengan kehadiran pelancung sehingga memenuhi 100 peratus pusat penganginan kami pada hujung minggu dan cuti umum, kami berharap dengan adanya stesen cas kenderaan EV ini, lebih ramai pengunjung kami yang menggunakan kenderaan premium EV tiada lagi permasalahan pengecas kenderaan EV mereka".

 

 

 

Astri Ramayanti Dharmawan, Presiden Serantau SEM berkata,"apabila ia berkaitan dengan tanggungjawab alam sekitar, apa yang ada buat masa ini tidak akan bertahan selamanya. Kita sudah menggunakan 1.7 dari setiap sumber di bumi ini. Di SEM, kami percaya dengan kelestarian. Ia adalah teras strategi untuk memenuhi permintaan dari pelanggan dan pekerja kami". 

 

Stesen cas EV dari SEM ini adalah dari jenis pengecas EVlink Smart Wallbox. Ia serasi dan bersesuaian untuk semua kenderaan elektrik kecuali Nissan Leaf.

 

Pengecasan menggunakan EVlink Smart Wallbox ini dimaklumkan bahawa 10 kali lepas pantas dari outlet soket domestik. Dengan kuasa pengecasan sebanyak 7.4kW dan soket dari jenis Type 2, pengunjung di GHPO akan menggunakan masa pengecasan purata empat jam untuk sebuah kereta elektrik biasa.  

 

 

Semasa sesi soal jawab, pihak RWG telah memaklumkan bahawa telah ada perancangan untuk pemasangan sebanyak 20 unit stesen cas EV di lokasi utama RWG sebelum hujung tahun ini.

 

Buat masa ini, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pengecasan kenderaan EV ini, tetapi penguna masih perlu membayar caj parkir kereta mengikut jam. 

 

Pengecas EVlink Smart Wallbox ini boleh dipasang untuk rumah kediaman juga. Walaubagaimana pun terdapat beberapa caj yang perlu dibayar. Careta telah bertanya tentang kos pemasangan ini dan ia terbahagi kepada:-

 

i.  Kos pemasangan: bermula dari RM1,200 (minimum)
ii. Harga EVlink Smart Wallbox: bermula dari RM4,000 (minimum) sehingga RM8,000 (maksima)

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kenderaan merupakan antara sektor terbesar menyumbang kepada pembebasan karbon yang…
Berita Domestik
"Kerajaan akan mengumumkan lebih banyak insentif berkaitan EV dalam Bajet 2023 yang disemak semula…
Berita Domestik
  "Ada syarikat tertentu terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sanggup memperjuangkan (…