Stesen bahan api bersepadu PETROS bakal siap di Sarawak

oleh Mohamad Hanif|
Kerja-kerja membangunkan kemudahan stesen pengisian bahan api bersepadu PETROS (Petroleum Sarawak) sudah hampir siap dan bakal dibuka kepada umum dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut hantaran di laman Facebook Jonathan Ding, stesen bersepadu itu menawarkan kemudahan pengisian pelbagai jenis bahan api seperti petrol, diesel, hidrogen serta tidak ketinggalan menyediakan kemudahan pengecasan untuk kenderaan elektrik (EV).

Stesen bahan api bersepadu itu dibina di Darul Hana, Kuching oleh SEDC Energy - anak syarikat milik Sarawak Economic Development Corporation, dan beberapa buah stesen lagi bakal menyusul di negeri tersebut (Bandar Baru Batu Kawah, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri).