Stereng jet pejuang Tesla sah untuk digunakan di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala agensi keselamatan di Amerika Syarikat, National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) masih lagi belum memberikan maklum balas berkenaan reka bentuk stereng terbaharu Tesla, di Eropah ia menerima maklum balas yang positif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Driving.co.uk yang bertanyakan hal yang sama kepada The Driver and Vehicle Safety Agency, jawapan yang diterima berbunyi begini: "Regulasi berkenaan peralatan kemudi (stereng) mengikut UN-ECE Regulation 79 tidak menetapkan sebarang bentuk atau ukuran saiz stereng."

Ini bermakna, sekurang-kurangnya roda stereng berbentuk jet pejuang yang pelik daripada Tesla itu masih lagi sah digunakan di UK, badan perundangan automotif Netherlands, RDW turut tidak mempunyai isu berhubung roda stereng yang dimaksudkan itu.

 


Namun, pihak Department of Transportation UK menitikberatkan soal keselamatan, ini kerana sistem infotainmen yang terdapat pada Model S memiliki kuasa pemprosesan yang sama seperti X-Box Series X.

"Mengikut undang-undang, pemandu hanya boleh menggunakan skrin untuk melihat informasi pemanduan, atau menggunakan sistem navigasi, atau melihat persekitaran (menggunakan kamera 360 darjah).

"Di bawah regulasi Road Vehicles (Contriction and Use), skrin yang digunakan untuk tujuan selain daripada yang disebutkan itu tadi tidak sepatutnya dilihat jelas kepada pemandu ketika kereta sedang bergerak.

Dalam pengenalan model facelift Tesla Model S baru-baru ini, Tesla mencadangkan hanya skrin belakang sahaja digunakan untuk tujuan permainan, dan bukannya skrin utama.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut CEO Volkswagen Passenger Car, Thomas Schäfer dalam satu hantaran di LinkedIn mengumumkan…
Berita Global
Menurut laporan, ia dikatakan berpunca daripada kegagalan sistem stereng berkuasa elektronik pada…
Berita Global
Tidak ketinggalan, mereka juga merupakan pemilik baharu syarikat robotik Boston Dynamics. Selain…