Stereng baharu Tesla Model S tak tepati piawaian keselamatan?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai 24 jam, Tesla nampaknya perlu menjawab kepada agensi berkuasa berhubung rekaan roda stereng yang didatangkan pada kemaskini model Tesla Model S yang dilancarkan baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana perubahan roda stereng yang terlalu futuristik itu menimbulkan lebih banyak persoalan berkenaan tahap keselamatan dan praktikaliti walaupun kebanyakan pengguna Tesla lebih gemar menggunakan mod pemanduan Autopilot daripada memegang sendiri roda stereng tersebut.

Memetik laporan daripada Motor1, laman web automotif tersebut menghubungi sendiri agensi keselamatan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) dan respon yang diterima agak menarik.

 


Wakil NHTSA memberikan jawapan yang ringkas, "pada ketika ini pihak kami (NHTSA) tidak dapat menentukan sama ada roda stereng tersebut memenuhi piawaian Federal Motor Vehicle Safety Standards. Kami akan menghubungi pihak Tesla untuk maklumat lanjut."

Apa pendapat anda? Adakah rekaan stereng ala-ala jet pejuang ini boleh diterima pakai?

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…