Stellantis, Toyota umum kerjasama bangunkan van komersial besar, termasuk versi EV

oleh Mohamad Hanif|
Stellantis dan Toyota baru-baru ini mengumumkan kerjasama untuk membangunkan van komersial ringan (LCV) bersaiz besar untuk pasaran Eropah, serta tidak ketinggalan pengenalan versi elektrik penuh (EV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak banyak info yang didedahkan berkenaan spesifikasi LCV yang bakal muncul ini, namun apa yang jelas ia bakal dibangunkan oleh Stellantis dan akan turut dijual sebagai sebuah kenderaan komersial berjenama Toyota kelak.

Difahamkan, LCV baharu ini akan dipasang di dua kilang Stellantis yang berbeza, satu di Gliwice, Poland dan satu lagi di Atessa, Itali.

Besar kemungkinan model van komersial bersaiz besar ini akan menjadi pengganti (generasi baharu) kepada model Fiat Ducato (Citroen Jumper, Peugeot Boxer, Opel/Vauxhall Movano, RAM ProMaster) sedia ada yang telah pun wujud di pasaran sejak dari tahun 2006 lagi.

Toyota sebelum ini telah bekerjasama dengan Stellantis menerusi model van saiz pertengahan ProAce (tahun 2012) dan van kompak ProAce City (tahun 2019), di mana kedua-dua model ini masing-masing menggunakan asas daripada Citroen Jumpy dan Citroen Berlingo.

Model baharu ini akan muncul pada tahun 2024, dan ia bakal menjadi model pertama Toyota di dalam segmen kenderaan komersial besar di pasaran Eropah.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…