Di bawah program Heritage Parts, ia bertanggungjawab menghasilkan kembali 31 komponen alat ganti untuk model-model klasik termasuklah Alfa Romeo GTV/Spider, Alfa Romeo GT, Alfa Romeo 147, Alfa Romeo 156, Fiat Coupe, Fiat Barchetta dan Lancia Delta HF Integrale Evoluzione.
Secara spesifiknya, 10 daripadanya merupakan unit kawalan suntikan bahan api dan 21 komponen yang terdiri daripada bampar, fender, pintu, hud enjin dan pintu tailgate.
Untuk model lagenda rali itu, pihak Mopar terpaksa menggunakan proses kejuruteraan berbalik dengan mengimbas komponen panel keluli terlebih dahulu, dan mereka turut menggunakan semula bahan keluli rendah karbon bergalvani - bahan asal yang sama digunakan pada komponen original.