Stellantis pasang panel solar di kilang Gurun, Kedah

oleh Mohamad Hanif|
Stellantis telah bekerjasama dengan Leader Energy Group bagi membuat pemasangan sistem penjana kuasa solar di kilang Gurun, Kedah bagi menambahbaik tahap kecekapan tenaga di fasiliti itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama itu merangkumi proses pemasangan, pengendalian, penyelenggaraan serta pembiayaan sistem fotovolta solar (PV).

Leader Energy Group merupakan syarikat kuasa Malaysia yang telah mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun di dalam mengendalikan sektor kuasa di Asia Pasifik.

Projek ini dikendalikan oleh subsidiari Leader Energy, iaitu Leader Solar Sdn Bhd yang mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan pemasangan panel solar. Projek ini siap sepenuhnya pada 31 Oktober 2022.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi Dare Forward 2030 Stellantis, salah satunya adalah untuk mencapai sasaran emisi sifar bersih karbon menjelang tahun 2038.
 

peugeot


Pemasangan sistem PV di kilang Gurun itu mampu menjana output maksimum 2,189.81 kWp.

Dalam tempoh 21 tahun akan datang ia dijangka menjana sebanyak 54.811 Gigawatt kuasa, merangkumi 34 peratus daripada keperluan penggunaan tenaga tahunan kilang tersebut.

Penggunaan tenaga solar itu juga dijangka akan mengimbangi kira-kira 1,963.4 tan karbon dioksida setahun, menyamai penanaman 50,340 pokok dalam masa setahun.

Stellantis telah mengambil alih hak milik kilang Gurun pada November 2021, di mana fasiliti itu kini memasang dan membekalkan model-model penting Peugeot seperti 2008, 3008 dan 5008 untuk pasaran ASEAN, termasuklah Malaysia, Filipina, Thailand dan Kemboja.