Stellantis - nama baharu syarikat gabungan FCA dan PSA

oleh Mohamad Hanif|
Penyatuan antara FCA dan PSA mara satu tapak ke hadapan apabila syarikat baharu itu mengumumkan nama rasmi yang bakal mereka gunakan, iaitu Stellantis
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nama tersebut diinspirasikan daripada perkataan Latin 'stello' yang membawa maksud "untuk menyinari (sesuatu) bersama bintang-bintang".

Pemilihan nama tersebut mungkin nampak sedikit aneh, namun menurut syarikat itu, pemilihan tersebut "melambangkan penyatuan baharu yang bercita-cita besar antara jenama automotif dan bakal menjadi peneraju di dalam era mobiliti masa hadapan, dan dalam masa yang sama mengekalkan nilai yang luar biasa daripada jenama-jenama di bawah naungan".

Selain daripada itu, pemilihan nama daripada bahasa Latin itu sebenarnya merupakan satu penghormatan terhadap syarikat pengasas yang kaya dengan sejarah yang tersendiri.

Menurut FCA dan PSA, pencarian nama tersebut bermula sejurus selepas pengumuman penggabungan tahun lalu dan bakal digunakan secara eksklusif di peringkat kumpulan sebagai jenama korporat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana menurut laporan daripada Autocar, bekas bos Volkswagen Ferdinand Piëch telah pun lama…
Berita Global
Rancangan Kumpulan PSA (Peugeot, Citroen, DS, Opel dan Vauxhall) untuk memulakan operasi kilang-…
Berita Global
PSA berkata 38 kakitangan mereka akan dikeluarkan dari Wuhan, dengan bantuan pihak berkuasa China…