Stellantis mula operasi CKD Jeep di Gurun, eksport ke Thailand - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Stellantis dijangka akan melaksanakan fasa pengembangan operasi di rantau Asia Tenggara dengan memulakan pemasangan model-model Jeep di kilang Gurun kelak.

Menurut laporan daripada rakan media Wapcar, model-model Jeep CKD tersebut akan dieksport ke Thailand di mana Stellantis dijangka akan mengumumkan wakil pengedar Jeep baharu di negara tersebut.

Bagaimana pula di Malaysia?

Umum mengetahui bahawa jenama Amerika Syarikat itu pernah beberapa kali bertapak di Malaysia, namun wakil syarikat itu memberitahu fokus utama mereka pada ketika ini adalah jenama Peugeot.
 

CKD


Ini juga adalah selari dengan matlamat perniagaan Stellantis untuk memfokuskan kepada pemasangan kenderaan di Malaysia - bina di ASEAN untuk pasaran ASEAN.

"Kami sedang berusaha untuk mempunyai pengeluaran yang kompetitif di Gurun yang membolehkan kami meneroka peluang baharu serta sokongan pertumbuhan kepada semua jenama Stellantis di Gurun pada masa akan datang," jelas wakil itu lagi.

Kenyataan ini secara tidak langsung memberikan bayangan bahawa Stellantis sedang merancang untuk mempelbagaikan produk pemasangan tempatan di Gurun selain daripada jenama Peugeot semata-mata.
 

Jeep


Jeep mula bertapak di Malaysia pada pertengahan 1990-an oleh syarikat MBf (yang kini tidak lagi wujud) sebelum gulung tikar akibat krisis ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997.

Selepas itu, Jeep muncul lagi di bawah DRB-Hicom, namun hanya sempat bertahan selama beberapa tahun sahaja.

Pada tahun 2020, pengimport bebas TAHB Automotive mendakwa mereka mewakili jenama Jeep di Malaysia, namun selepas gabungan FCA-PSA, Stellantis menjelaskan TAHB bukan lagi wakil pengedar jenama Jeep di Malaysia.

Sumber: Wapcar

Berita Berkenaan

Pelancaran
Diposisikan sebagai varian yang paling premium, Mazda CX-8 didatangkan dengan nadi Skyactiv-G 2.5…
Pelancaran
Sama seperti model sedan A 35 AMG, Mercedes-AMG GLA 35 ini turut didatangkan dengan nadi empat…
Pelancaran
Berbanding dengan unit CBU, A 35 AMG ini menampilkan kelengkapan yang lebih menyeluruh, seperti…