Stellantis mula kurangkan jumlah pekerja di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat induk Jeep dan Chrysler, Stellantis dilapor mula menawarkan pampasan dan manfaat kepada sebahagian daripada 13,000 pekerja bergajinya di Amerika Syarikat.

Ia bertujuan untuk mengurangkan bilangan pekerja dan menyelaras kembali tenaga kerja sebagai persediaan untuk memasuki era kenderaan elektrik dengan lebih serius.

Menurut laporan CNBC, untuk layak pekerja mestilah berusia sekurang-kurangnya 55 tahun dengan tempoh bekerja 10 tahun, atau tempoh perkhidmatan selama 30 tahun dan mempunyai skim pencen.

Mereka yang layak akan diberikan masa sehingga 5 Disember ini untuk membuat keputusan.

Wakil jurucakap Stellantis tidak mendedahkan jumlah sebenar pekerja yang layak untuk program pemberhentian sukarela itu, atau sasaran sebenar yang ditetapkan oleh syarikat pengeluar itu.

Selain daripada Stellantis, Ford Motor sebelum ini turut mengurangkan sehingga 3,000 pekerja bergaji dan pekerja kontrak dalam usaha untuk mengurangkan kos operasi.

GM pula sudah melakukan perkara yang sama pada tahun lalu, namun tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan lagi tenaga kerja secara besar-besaran untuk tahun ini.

Sumber: CNBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Program baharu yang dikenali sebagai “E-car project” itu dibangunkan khusus untuk pasaran Eropah,…
Berita Global
Sebaliknya, fokus utama kali ini adalah penghasilan model baharu Peugeot dan Jeep di fasiliti…
Berita Global
Perubahan itu dijangka berlaku di bawah kepimpinan baharu Antonio Filosa, menggantikan Carlos…