Stellantis mahu Alfa Romeo fokus di US, Peugeot tiada peluang kembali

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas Stellantis ditubuhkan daripada gabungan FCA dan PSA, kumpulan automotif itu dilihat mengambil beberapa langkah besar dalam menyusun semula perniagaan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Stellantis telah pun mengesahkan bahawa jenama Perancis Peugeot tidak akan kembali ke pasaran Amerika Syarikat bagi memberikan laluan kepada jenama Alfa Romeo.

Menurut laporan daripada Automotive News, Stellantis telah melantik Larry Dominique sebagai presiden jenama Alfa Romeo untuk Amerika Utara, di mana beliau sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk membawa jenama Peugeot ke pasaran tersebut.

 


Dengan pelantikan tersebut, ini bermakna fokus Stellantis akan ditumpukan kepada jenama sedia ada di US, iaitu Alfa Romeo dan mengabaikan pelan untuk membawa masuk Peugeot.

Kumpulan PSA sebelum ini merancang untuk memperkenalkan jenama Peugeot di pasaran Amerika, dan dengan gabungan bersama FCA menjadikan kehadiran Stellantis lebih kuat untuk pasaran tersebut.

Jenama Alfa Romeo walaupun mencatatkan peningkatan jualan di Amerika Syarikat tahun lalu, peningkatan tersebut adalah terlalu kecil di mana permintaan terhadap model seperti sedan Giulia dan SUV Stelvio masih lagi rendah.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran…
Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…