Stellantis jumpa resipi cara EV tukar bateri dengan mudah

oleh HEZERI SAMSURI|
Umum mengetahui industri kenderaan elektrik (EV) telah mencuba beberapa kali teknologi penukaran bateri (battery swapping) dan kebanyakannya gagal.

Israel contohnya pernah muncul dengan model perniagaan Better Place dalam tahun 2013 di mana ia mencuba konsep yang sama tetapi selepas menghabiskan US$850 juta dan hanya terguna pada 1,000 unit kenderaan, ia bungkus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

10 tahun lalu, Tesla juga membuat percubaan yang sama tetapi seperti banyak kenyataan CEO Elon Musk, ia senyap begitu sahaja - menandakan ia gagal.

Cuma Nio sahaja yang dikatakan masih beroperasi dan ia mendakwa operasinya adalah yang terbesar di seluruh dunia dengan lebih dari 32 juta operasi penukaran bateri telah dilakukan semenjak tahun 2019 dan mempunyai lebih dari 2,100 stesen.

Tetapi seperti biasa, berita pengakuan dari sebuah syarikat China tidak dipandang serius selagi ia hanya beroperasi di dalam negara itu sahaja.

Kali ini, pemain automotif global, Stellantis bakal mencuba konsep yang sama dengan harapan ia boleh digunakan oleh model-model EV mereka yang akan datang.

 

 

Kumpulan itu akan bekerjasama dengan sebuah syarikat, Ample yang telah menghasilkan satu sistem penukaran bateri EV tanpa memerlukan kenderaan itu dipasang dengan pek bateri khusus.

Sistem dari Ample itu tidak memerlukan keseluruhan pek bateri ditukar, tetapi hanya menggantikan beberapa modul bateri bersaiz komputer meja (desktop) menggunakan sistem automasi.

Ini lebih mudah kerana modul bateri yang kecil tidak memerlukan kelengkapan yang besar kerana ia lebih kompak dan ringan berbanding seluruh bateri EV yang boleh mencapai berat lebih dari setengah tan!

Ia juga tidak memerlukan stesen penukaran bateri yang besar kerana saiz modul yang kecil. 

Paling penting sekali, ia akan hanya mengambil masa antara lima ke 10 minit untuk satu penukaran.

Saiz modul bateri yang kecil juga memudahkan dan mempercepatkan proses pengecasan.

Ample turut diberitakan sedang bekerjasama dengan Mitsubishi Fuso untuk menguji penukaran bateri itu dengan trak-trak komersil di Jepun.

Di US, Ample menguji operasi yang sama dengan kenderaan-kenderaan Uber dari pelbagai genre kerana sistem ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis EV.

Satu lagi kelebihan sistem ini ialah pengguna EV masih boleh mengecas kenderaan mereka di stesen pengecas biasa atau pengecas di rumah.

Stellantis yang memiliki pelbagai jenama automotif seperti Fiat, Chrysler, Peugeot, Citroen, Jeep dan sebagainya berkata ia akan melihat teknologi ini untuk diguna-pakai pada pelanggan "fleet" yang mempunyai jumlah kenderaan yang banyak.

Kemungkinan EV dijual tanpa bateri dan bateri pula hanya perlu disewa memungkinkan penurunan harga pembelian kenderaan tersebut.

Berita lanjut di CNN

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…