STELLANTIS - Gabungan Fiat Chrysler dan PSA sudah lengkap

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat Fiat Chrysler Automobiles dan PSA Group telah melengkapkan gabungannya yang bernilai US$52 bilion dan merasmikan pembentukan pakatan baharu dengan nama Stellantis.

Pakatan itu mempunyai jumlah jualan terkumpul setahun sebanyak 8.1 juta unit dan kini mempunyai modal yang cukup untuk menghasilkan kenderaan elektrik bagi melawan Toyota dan Volkswagen.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Dalam kenyataan gabungan itu, Peugeot SA dan Fiat Chrysler Automobiles NV akan menjadi Stellantis NV secara rasminya bermula semalam.

Stellantis akan membantu mengurangkan kos tahunan kedua-dua syarikat itu sebanyak lebih dari Euro5 bilion tanpa perlu menutup sebarang kilangnya.

CEO Stellantis ialah Carlos Tavares dari PSA sementara Pengerusi Stellantis ialah John Elkann, juga pengerusi dari Fiat Chrysler.

PSA mempunyai kilang pemasangan kenderaan dan juga unit R&D kecil di Gurun, Kedah dan ia pernah kelihatan menggunakan fasiliti itu untuk menguji kenderaan-kenderaan bukan untuk pasaran Asean.

Stellantis mempunyai banyak usaha yang perlu digandakan, terutama dalam menghasilkan kenderaan EV yang semakin popular di dalam pasaran utama mereka, iaitu di Eropah dan di US.

Fiat Chrysler tidak mempunyai sebarang wakil di Asean, sementara Peugeot pula hanya popular di Malaysia. Ia juga kini dijual di bawah pengurusan baharu, membuatkan ramai pemiliknya mengurut dada lega.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan pelantar SLTA Large Stellantis, Peugeot Inception Concept ini membawakan…
Berita Global
Tidak banyak informasi didedahkan oleh Ram buat masa ini. Namun, pengeluar itu mengesahkan trak…
Berita Global
  eVTOL Midnight yang dibangunkan Archer mampu membawa empat penumpang termasuk seorang…