Statistik pemanduan di kalangan warga asing membimbangkan - JPJ

oleh Mohamad Hanif|
STATISTIK Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk tidak mempunyai lesen memandu sah adalah membimbangkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib berkata, berdasarkan Operasi Khas Mengesan Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) bermula siri satu hingga empat di Cyberjaya, semalam, seramai 504 warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan.

“Selain lesen memandu, kesalahan lain seperti tidak mematuhi lampu isyarat merah antara kesalahan utama dilakukan warga asing terbabit.

“Warga asing ini ‘terbawa-bawa’ cara memandu di negara mereka. Jadi, kami ambil serius perkara ini dalam usaha mengelakkan kemalangan meragut nyawa bukan saja mereka, malah keselamatan pengguna yang lain,” katanya ketika ditemui pada Ops PeWA di sekitar Cyberjaya, semalam
 

Ops itu dijalankan secara bersepadu bersama agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Sepang membabitkan seramai 190 anggota di tiga lokasi di Cyberjaya.

Beliau berkata, berdasarkan pecahan mengikut negara, jumlah warga negara tertinggi yang melakukan kesalahan ialah Indonesia seramai 100 orang diikuti Bangladesh (85 orang) dan Pakistan (65 orang).

Katanya, bagi operasi semalam, turut didapati melakukan kesalahan ialah dua orang warga Palestin serta masing-masing seorang dari Lubnan dan Jordan.

“Kami akan terus mempergiatkan operasi berkenaan dalam memastikan warga asing yang bekerja dan belajar di negara ini mempunyai lesen sah.
 


“Satu daripada strategi lain ialah mengadakan rondaan berkala dan ini akan ditingkatkan dengan pertambahan anggota JPJ di sekitar Cyberjaya.

“Bermula tahun depan, JPJ dan PDRM akan mengadakan program khas dengan kerjasama institusi pengajian tinggi khususnya di Cyberjaya bagi memberi maklumat tepat kepada pelajar antarabangsa termasuk cara mendapatkan lesen memandu,” katanya - HARIAN METRO.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…