Statistik PDRM - Pemandu lelaki lebih ramai terlibat kemalangan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Walaupun pemandu wanita sering dikaitkan dengan sikap lembab di jalan raya, pemandu lelaki kekal mencatatkan angka kemalangan jalan raya tertinggi dengan jumlah cedera sebanyak 19,077 berbanding hanya 3,992 kes bagi wanita.


Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintenden Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, data statistik yang dikumpul dari tahun 2018 hingga 2021 itu turut mendapati bilangan pemandu lelaki yang terlibat dalam nahas jalan raya adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Mengambil kira bilangan penduduk, lelaki mempunyai purata kadar nahas jalan raya sebanyak 1,351.74 untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 537.97 bagi wanita, sekali gus membuktikan lelaki 2.5 kali lebih berisiko berbanding wanita.

 

“Risiko ini juga dipengaruhi oleh faktor pendedahan lelaki di atas jalan kerana majoriti mereka merupakan ketua keluarga yang keluar mencari rezeki setiap hari. Dalam aspek keluarga pula, suami selalunya lebih kerap memandu berbanding isteri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas mengenai risiko kemalangan membabitkan pemandu lelaki dan wanita.

 

Data statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut merekodkan perbezaan ketara angka kematian iaitu pemandu lelaki sebanyak 3,965 kes dan 574 kes bagi wanita.

 

Tambah Dr. Bakri, ciri berbeza pada lelaki dan wanita mempengaruhi pemanduan seperti persepsi keselamatan dan keselesaan dalam kereta sendiri.

 

“Bagaimanapun, kes kemalangan jalan raya kini sering berlaku tanpa mengira jantina.

 

“Pemanduan memerlukan gandingan aksi dan reaksi. Sikap terlebih yakin sehingga memandu di luar kawalan serta secara berbahaya sering menyebabkan kemalangan selain daripada kesalahan memandu menggunakan telefon bimbit dan melebihi had laju,” katanya lagi.

 

Sementara itu, Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr. Law Teik Hua berkata, jumlah berkenaan turut disumbang oleh peranan lelaki yang majoriti memandu jarak jauh.

 

“Kebanyakan lelaki yang bekerja seperti memandu lori dan sebagainya memerlukan mereka untuk memandu jarak jauh dengan kerap sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

 

“Namun, tidak dinafikan sikap semula jadi pemandu lelaki yang lebih agresif berbanding wanita yang kebiasaannya lebih bersopan di atas jalan raya turut menyumbang kepada angka kemalangan,” ujarnya.

 

 

 

Utusan Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hampir 45 minit ada satu kes kemalangan berlaku. Betapa seriusnya isu ini. Daripada jumlah…
Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Berita Global
Careta sendiri sering mencari-cari statistik dan data-data berkaitan kebakaran kenderaan dan selalu…