Starship - Pencabar terbaru arena trak berteknologi tinggi

oleh Mohamad Hanif|
Shell kini bekerjasama dengan sebuah syarikat pembina trak, Airflow Truck Company bagi menghasilkan pencabar terbaru trak dengan teknologi terkini, iaitu Starship.

Starship bukanlah sebuah trak elektrik sepenuhnya, akan tetapi dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh trak-trak sekelasnya.


Starship menggunakan bahan asas karbon fiber sebagai bahan binaan bagi keseluruhan komponen termasuklah hud enjin sehinggalah kepada penutup gandar tayar. 

Trak yang diklasifikasikan dibawah Class 8 Truck ini menggunakan enjin diesel enam silinder sebaris menghasilkan kuasa sebanyak 400 hp dan 2508 Nm daya tork. 

Pihak Shell telah menala semua enjin diesel tersebut yang digabungkan dengan transmisi manual automatik supaya beroperasi pada putaran enjin serendah 800 rpm dengan ciri jimat bahan api yang digelar "downspeeding". 


Idea di sebalik ciri ini mencadangkan penjimatan minyak sebanyak satu peratus untuk setiap pengurangan putaran enjin sebanyak 100 rpm pada kelajuan tertentu. 

Ini turut dibantu dengan penggunaan active grille shutters pada kepala trak bagi mengurangkan daya seretan pada kenderaan seterusnya menjimatkan penggunaan bahan api. 

Terdapat pemasangan panel solar berkuasa 5,000 watt bagi menyalurkan tenaga kepada sistem bateri 48 voltan yang cukup berkuasa untuk menjana tenaga yang diperlukan oleh sebuah lori trak. 

Pihak Shell dan Airflow juga bakal melengkapkan motor elektrik pada gandar dengan tujuan untuk memerangkap tenaga regeneratif yang terhasil ketika proses membrek dan menggunakan kembali tenaga tersebut untuk tujuan pecutan dan mendaki bukit. 

 


Seperti yang dinyatakan di awal artikel, Starship bukanlah trak elektrik sepenuhnya. Namun, ia merupakan sebahagian daripada projek permulaan pemulihan industri trak yang sebelum ini dimulakan oleh Tesla Semi, Nikola One dan Thor Trucks. 

Shell dan Airflow berharap projek Starship ini bakal memberikan jalan penyelesaian sementara kepada masalah pencemaran alam sekitar sebelum zaman sifar perlepasan asap tiba dengan teknologi yang lebih berkesan. 

Sumber: Autoblog

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara yang diraikan pada majlis tersebut adalah 11 orang pemenang bertuah bagi promosi Shell…
Berita Domestik
Shell Biker Value Pack yang boleh didapati dari sekarang hingga 30 November 2018, masing-masing…
Berita Domestik
Bagi menjamin hak pengguna dan perniagaannya Shell bertindak aktif dalam memudahkan pelanggan setia…