Starrtrek Carriers lancar servis pengangkut kenderaan Auriga Deluxe 122, Blizzard

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Starrtrek Carriers Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan servis pengangkutan kenderaan dengan model semi-trailer bertutup Auriga Deluxe 122 dan semi-trailer Blizzard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan pelancaran kedua-dua model itu diyakini mampu memberikan saingan dalam pasaran logistik automotif di Malaysia.
 

Auriga


Auriga Deluxe 122 merupakan semi-trailer bertutup yang boleh memberikan perlindungan tambahan kepada kenderaan daripada keadaan seperti cuaca, serta lantunan batu daripada permukaan jalan yang tidak rata.

Reka bentuk semi-trailer Blizzard yang inovatif pula membolehkan ia membawa lebih banyak beban berbanding kebanyakan semi-trailer yang ada di Malaysia.
 

Blizzard


Penggunaan bahan keluli berketahanan tinggi yang ringan turut menyumbang kepada penggunaan bahan api yang lebih rendah, serta tahap versatiliti yang membolehkan apa jua kenderaan boleh dimuatkan termasuklah MPV, SUV, sehinggalah kepada van, caravan dan juga camper.

Sistem hidraulik pula memudahkan urusan memuat naik dan menurunkan muatan dengan kendalian yang minimum.
 

Auriga


Dari segi muatan, Auriga Deluxe mampu membawa maksium enam buah kereta penumpang atau empat SUV untuk satu-satu masa (bergantung kepada ukuran dimensi), manakala Blizzard pula boleh memuatkan sehingga 10 unit kenderaan.

Pada ketika ini, Starrtrek Carriers mempunyai sebuah unit Auriga Deluxe dan enam unit Blizzard yang beroperasi di seluruh Semenanjung, disokong dengan ciri Scania Prime Movers dengan pelbagai ciri keselamatan dan beberapa unit kamera pemantau.
 

Blizzard


Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web www.starrtrekcarriers.com.my atau talian Whatsapp 017-284 8120.