Star Protect, Star Protect Plus - solusi insurans, takaful untuk pemilik Mercedes-Benz

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Services Malaysia menerusi Mercedes-Benz Protection memperkenalkan dua program insurans dan takaful baharu yang dikhususkan untuk para pemilik kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Solusi ini merupakan penawaran yang pertama seumpamanya di dalam kategori insurans motor premium dan takaful yang menawarkan kenderaan ganti untuk tempoh sehingga 20 hari sekiranya kenderaan dihantar ke bengkel bertauliah Mercedes-Benz untuk diperbaiki.

Selain daripada itu, terdapat manfaat lain termasuklah jarak tundaan tanpa had yang merangkumi seluruh negara, kos penggantian kunci kereta, serta perlindungan untuk semua pemandu tanpa memerlukan pendaftaran nama terlebih dahulu.

Di bawah pakej perlindungan insuran dan takaful yang ditambah baik ini, kenderaan akan dilindungi akibat kehilangan atau kerosakan seperti pelanggaran, rompakan, kes pecah rumah, kecurian, percubaan untuk mencuri, serta perlindungan tambahan terhadap kerosakan yang disebabkan oleh alam semula jadi.

Sementara program Star Protect Plus pula hadir dengan perlindungan tambahan terhadap keempat-empat tayar dan rim kereta daripada kerosakan yang mampu memberikan kesan terhadap nilai jual kembali sesebuah kenderaan.

Program insurans dan takaful Star Protect dan Star Protect Plus boleh didapati di mana-mana pusat pengedar bertauliah Mercedes-Benz Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anamika akan menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Mike Ponnaz yang kini memegang jawatan…