Stance Pantai Timur bertemu di acara East Coast Meet & Greet

oleh HEZERI SAMSURI|

 

Hampir 200 buah kenderaan dengan modifikasi gaya "stance" dari kelab-kelab stance dan fitment Kuantan bertemu di dalam satu acara East Coast Meet & Greet yang dianjurkan oleh The Troop Combination.

Kelab-kelab tersebut terdiri dari Fitment Legacy, Eastern Stance Brigade,Proton Persona Owner Club(PPOC) Stance Division,Buddy X Street,dan Exora Stance Work.

 

 

Tujuan utama ialah untuk memeriahkan acara kelab modifikasi yang sangat jarang dilakukan di kawasan Pantai Timur seperti di bandar Kuantan.

Ia juga untuk mendidik masyarakat setempat bahawa modifikasi stance dan fitment ini bukan hanya setakat memasang roda secara senget dan serendah satu sentimeter dari tanah.

 

 

Stance and fitment ini sebenarnya adalah modifikasi ringkas untuk mencantikkan kereta dan cuma memerlukan setup yang sesuai, mengikut citarasa pemiliknya.

Proses perbincangan untuk acara itu memakan masa dua bulan dan Majlis Perbandaran Kuantan(MPK) membantu dengan menyarankan lokasi Serambi Teruntum dijadikan tapak acara tersebut.

 

 

Sasaran awal hanya untuk mengundang 120 buah kenderaan stance dan fitment tetapi hampir 200 buah kenderaan modifikasi datang untuk memberi sokongan.

Sambutan yang menggalakkan itu membuatkan pihak penganjur mungkin mahu mengadakan acara East Coast Meet & Greet Volume 2 kelak.

 

 

Gambar-gambar acara yang diambil oleh jurufoto Caretam Shah Adam cukup untuk membuktikan kemeriahan acara tersebut.

Tahniah dari kami di Careta.

 

Add new comment

Careta Ad