Staf HQ Mercedes US diarah bekerja dari rumah sepanjang tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada keadaan yang tidak menentu kesan daripada pandemik COVID-19, Mercedes-Benz telah mengeluarkan arahan kepada 875 pekerja di fasiliti Atlanta supaya bekerja dari rumah sepanjang tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Automotive News, arahan tersebut mungkin akan disambung untuk tahun 2021 bergantung kepada keadaan semasa.

Premis HQ yang terletak di Atlanta telah pun kosong daripada kunjungan pekeja semenjak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Ia telah siap dibina pada tahun 2018 dan bangunan kaca berkeluasan sehingga 1,858 meter persegi dibangunkan di atas tanah seluas 48,562 meter persegi dan mengambil masa kira-kira 425,000 jam untuk disiapkan.

Bercakap kepada Automotive News, CEO Mercedes-Benz USA Nicholas Speeks berkata, "kami masih perlu untuk melakukan beberapa mesyuarat fizikal pasca COVID-19, dan membenarkan beberapa pekerja untuk hadir ke pejabat.

Ibu pejabat Mercedes-Benz Amerika Syarikat pada ketika ini mengendalikan urusan penjualan dan pemasaran, pentadbiran, perancangan serta pengedaran produk di negara tersebut.

Kesan pandemik COVID-19 yang semakin buruk memaksa beberapa syarikat automotif mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan operasi tetap berjalan lancar dan kebajikan pelanggan di dalam kecemasan kekal terjaga.

Sumber: Automotive News
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…