SsangYong Turismo - varian Stavic tetapi dengan 7 tempat duduk yang lebih mewah 

oleh HEZERI SAMSURI|
SsangYong sudah tiada lagi di Malaysia tetapi di Eropah, ia masih kukuh.

Terkini ialah model Turismo yang nampaknya salah satu varian dari Stavic yang pernah dijual di Malaysia beberapa tahun dahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menawarkan cuma tujuh tempat duduk walaupun mempunyai badan sepanjang lebih dari 5 meter dengan jarak roda 3 meter, Tursimo ini jauh lebih besar dari MPV lain.

Turismo menerima lampu-lampu baharu yang lebih cantik dan terang. Rekabentuk luaran masih lagi unik.

Ia menggunakan enjin diesel 2.2L dan transmisi 7-kelajuan automatik dari Mercedes-Benz.

Rasanya tidak ada MPV tujuh tempat duduk yang mempunyai ruangan tempat barang sebesar 875 liter.

Ia juga ada carian AWD, mungkin sesuai untuk negara yang mempunyai musim sejuk bersalji.

Apapun, bentuk SsangYong sering mencabar minda kita dan Turismo ini pun sama. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…