SsangYong perlihat teaser SUV baharu Torres, versi EV bakal menyusul

oleh Mohamad Hanif|
Di tengah-tengah kekalutan mencari pembeli baharu, jenama automotif SsangYong mengambil kesempatan untuk mendedahkan teaser untuk model SUV baharu, digelar sebagai Torres.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rekaan Torres sebenarnya telah pun diperlihatkan menerusi model konsep projek J100 yang diumumkan pada tahun lalu, di mana ia sebenarnya merupakan sebuah SUV dengan rekaan yang ranggi, dan berkeupayaan untuk menawan apa jua bentuk muka bumi.
 

Torres


Ia turut 'dibuktikan' menerusi pemilihan nama Torres yang diambil daripada nama Torres del Paine National Park di Patagonia yang sangat terkenal dengan bentuk muka bumi bergunung, glasier, tasik dan juga sungai.

Rekaan luaran Torres dimulakan dengan penampilan unit lampu LED yang nipis, rekaan jeriji depan seakan sebuah model Jeep, perlindungan skidplate pada bampar depan dan belakang, dan rekaan fender sisi yang berisi.
 

Torres


Bahagian belakang pula menampilkan unit lampu LED dengan grafik yang agak kompleks, diikuti dengan pintu tailgate yang dilihat menggandingkan sekali ruang untuk tayar simpanan.

Selain itu, Torres ini turut didatangkan dengan rim berdiameter besar yang dibaluti tayar all-terrain, diikuti dengan pemasangan lampu tambahan pada bahagian bumbung.
 

Torres


Menurut SsangYong, SUV Torres ini akan diposisikan di antara model Korando dan SUV besar Rexton, di mana ia dilihat mampu memenuhi permintaan pelanggan terhadap SUV dengan rupa paras yang ranggi.

SsangYong Torres ini akan turut diperkenalkan dalam versi elektrik untuk pasaran Eropah menjelang akhir tahun 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…