SsangYong Musso Pick-up Racing Challenge – Siri perlumbaan terbaru di UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
SsangYong Musso Pick-up Racing Challenge – Siri perlumbaan terbaru di UK
SsangYong Musso Pick-up Racing Challenge – Siri perlumbaan terbaru di UK
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di negara luar sememangnya banyak acara yang menarik perhatian. Ada perlumbaan Monster Truck, kepala lori dan pelbagai lagi yang boleh disertai atau setidak-tidaknya ditonton. Hakikatnya ialah perlumbaan-perlumbaan seperti itu mendapat sokongan rakyat tempatan, penajaan dan liputan meluas.

Tiga faktor tersebut dilihat sebagai asbab utama yang perlu ada dan berterusan dalam memastikan kelangsungan sesebuah acara.

Jika ada yang tertanya mengapa Toyota menjemput artis sebagai pelumba jemputan dalam Vios Challenge yang bakal bermula Ogos ini maka kenyataan tadi boleh diambil kira.

 

SsangYong Musso Pick-up Racing Challenge – Siri perlumbaan terbaru di UK

 

Di United Kingdom kini terdapat acara perlumbaan baharu dan lebih menarik ia hanya melibatkan trak pikap. SsangYong Musso Pick-up Racing Challenge bakal dilangsungkan dalam enam acara perlumbaan dan ia telah pun dilancarkan pada 13 dan 14 Mei lepas.

Menariknya terdapat 12 SsangYong Musso pikap yang mengambil bahagian pada pelancaran tersebut dan ia dijalankan berdasarkan format lumba yang sama seperti di New Zealand.

Memandangkan ini adalah acara jenis model tunggal (one make race), pikap yang yang digunakan mestilah versi UK dengan modifikasi terhad seperti peralatan keselamatan mengikut peraturan RACMSA, suspensi khas talaan Proflex dengan tayar AVON control yang dipadankan rim Speedline Corse. 

Perlumbaan pertama yang dilangsungkan sebelum ini telah dimenangi oleh Lewis Grant dan menariknya beliau hanya mencuba pikap lumba Musso sehari sebelum perlumbaan berlangsung.

 

SsangYong Musso Pick-up Racing Challenge – Siri perlumbaan terbaru di UK

 

Ketua Pegawai Operasi SsangYong Motor UK, Paul Williams berkata, "Memandangkan kami adalah jenama baharu di UK, kami mahu menjadi berbeza dan mencuba sesuatu yang baru. Pikap bukanlah sebuah jentera lumba tetapi acara seperti ini telah berjaya dianjurkan di New Zealand, jadi apa salahnya untuk mencuba."

Kepada yang berminat, berikut ialah jadual SsangYong Musso Pick-up Racing Challenge 2017;

  • Pusingan 1 - 13 & 14 Mei, Snetterton
  • Pusingan 2 - 3 & 4 Jun, Silverstone National
  • Pusingan 3 - 8 & 9 Julai, Knockhill
  • Pusingan 4 - 29 Julai, Oulton Park
  • Pusingan 5 - 30 September, Cadwell Park
  • Pusingan 6 - 28 & 29 Oktober, Brands Hatch Indy

Penulis: Muhammad Md Tajudin