SsangYong Korando EV - pelancaran 2021, jarak operasi 420 km!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, sebuah lagi pengeluar dari Korea tidak mahu ketinggalan untuk memperkenalkan model SUV elektrik sepenuhnya, selepas Kia dan Hyundai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hyundai Korando generasi keempat yang pertama kali diperlihatkan pada awal tahun yang lalu merupakan sebuah SUV segmen C dengan jarak antara roda terpanjang di dalam segmennya - 2,675 mm. 

Ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.5 liter turbo petrol berkuasa 161 hp/280 Nm, serta sebuah lagi enjin diesel 1.6 liter turbo yang menghasilkan 134 hp dan 324 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi manual pacuan dua roda atau automatik dengan pacuan 4x4. 
 


Namun, ketika pengenalannya, Hyundai Korando juga dikhabarkan akan menerima varian elektrik sepenuhnya, dengan tarikh sasaran pelancaran pada tahun 2021. 

Trenkuasa elektrik ini menampilkan sebuah motor elektrik yang berkuasa 181 hp, menjadikannya varian Korando yang paling berkuasa berbanding varian petrol mahupun diesel.

Kuasa tersebut disalurkan daripada pek bateri LG Chem berkapasiti 61.5 kWh, di mana menurut SsangYong, Korando EV ini mampu mencapai jarak operasi sejauh 420 km mengikut data kitaran NEDC.
 


Setakat ini, data teknikal serta prestasi sebenar tidak didedahkan sepenuhnya oleh SsangYong, namun mereka yakin Korando EV ini mempunyai pecutan yang terbaik di dalam kelasnya. 

Selain daripada varian EV, Korando juga akan mendapat varian diesel mild-hybrid menjelang tahun 2022. 

Untuk pengetahuan, Korando sebenarnya merupakan singkatan daripada frasa 'Korean Can Do'.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…