Sri Lanka beri pengecualian fi visa pelancong 7 negara termasuk Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan Sri Lanka meluluskan pengecualian fi visa yang berkuat kuasa serta-merta sehingga 31 Mac bagi pelancong dari tujuh negara, lapor Sptunik memetik kenyataan Menteri Luar, Ali Sabry pada Selasa.

"Kabinet meluluskan pengecualian itu berkuat kuasa serta-merta kepada warganegara India, China, Rusia, Malaysia, Jepun, Indonesia dan Thailand, di bawah projek perintis sehingga 31 Mac," menurut Sabry di platform media sosial X.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Awal bulan ini, Menteri Pelancongan, Harin Fernando berkata, Sri Lanka merancang memansuhkan visa ke atas pelawat dari China, Rusia, India, Thailand dan Indonesia.

Keputusan itu bertujuan menarik lebih ramai pelancong dari negara berkenaan untuk memenuhi sasaran lima juta pelancong setiap setahun.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia turut menyaksikan pembekuan import sejak tahun 2020, sekaligus menghentikan penjualan kenderaan…
Berita Global
Susulan krisis bahan api, kerajaan negara itu melanjutkan dua minggu lagi penutupan institusi…
Berita Global
Kebanyakan lagu-lagu yang dimainkan berasal daripada filem-filem bajet rendah, dan adakalanya…