Spyshot: Nissan Frontier 2021 dikesan, varian baharu fokus off-road Pro-4X!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan mula menyiarkan imej teaser untuk trak pikap Frontier (Navara) beberapa bulan yang lalu bersama-sama model lain dalam bentuk bayangan silhouette, namun kini kita dapat melihat imej sebenar trak pikap tersebut dengan lebih jelas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada FormaCar, Nissan nampaknya telah mendatangkan beberapa perubahan bagi menjadikan penawaran Navara ini lebih moden seperti lampu utama dengan DRL LED terbina, serta gril hadapan yang kini lebih besar dan gagah terpampang.

Susunan lampu belakang juga telah dikemaskini menampilkan grafik yang  unik, serta perkataan FRONTIER pada bahagian tersebut.

 


Jika dilihat kepada gambar tersebut, dua varian disahkan iaitu LE 4x4 dan sebuah versi yang khusus untuk kegunaan off-road dinamakan sebagai Pro-4X.

Frontier Pro-4X tersebut menampilkan gril hadapan hitam kusam, kemasan perkataan Frontier, bullbar, cladding plastik pada arca roda serta rim unik yang dibaluti tayar all-terrain.

Dari segi kuasa, Nissan Frontier 2021 (pasaran luar negara) mendapat nadi V6 3.8 liter yang berupaya menghasilkan 310 kuasa kuda dan 381 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik baharu sembilan nisbah kelajuan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bilakah pelancaran rasmi Nissan Frontier 2021.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, jenayah pecah…
Berita Global
  Navara SL Warrior diasaskan dari varian popular SL 4WD dual cab di Australia dan dilengkapi…
Berita Global
Mitsubishi nampaknya sedang menguji generasi baharu trak pikap tersebut di mana unit ujian yang…