Spyshot Jaguar Type 00 EV 2027 Bocor di Nürburgring

oleh Qalif Latif|
Model pertama daripada tiga barisan EV Jaguar yang dijangka dilancarkan menjelang akhir 2025 telah dikesan sedang diuji di jalan awam sekitar litar Nürburgring, Jerman. Model elektrik ini merupakan sebuah grand tourer bersaiz besar, dan akan menjadi versi produksi kepada model konsep Jaguar Type 00 yang diperkenalkan pada tahun 2024.

Type 00

Walaupun diselaputi pelekat samaran tebal, reka bentuk prototaip elektrik ini masih jelas menyerupai Type 00 konsep. Elemen yang tidak praktikal seperti lampu ultra-nipis pada model konsep telah digantikan dengan unit pencahayaan lebih realistik untuk tujuan produksi.

Reka Bentuk Ikonik dengan Sentuhan Realistik

Antara ciri yang kekal dari konsep asal ialah hud (bonet) yang panjang, walaupun ketiadaan enjin pembakaran dalaman. Bahagian belakang telah direka semula secara lebih sederhana dan praktikal, dengan garis badan yang lebih tirus berbanding versi konsep. Masih belum jelas sama ada versi produksi ini akan mengekalkan cermin belakang seperti biasa, atau mengikuti rekaan konsep yang lebih dramatik dan mengabaikan ciri pandangan ke belakang.

Pintu pengecasan EV bersaiz besar turut kelihatan di fender depan sebelah pemandu.

Empat Pintu, Empat Tempat Duduk – Bersaing Dengan Bentley dan Rolls-Royce

Walaupun model konsep hadir dengan hanya dua pintu, versi produksi akan tampil sebagai empat pintu dengan cermin tanpa bingkai. Kabin dijangka mampu memuatkan empat penumpang dewasa, walaupun ruang kaki di belakang mungkin agak terhad jika dibandingkan dengan Bentley Flying Spur.

Ya, Flying Spur dan Rolls-Royce Ghost merupakan pesaing yang disasarkan. Rebranding Jaguar kali ini jelas menunjukkan hala tuju ke arah segmen ultra-premium, meninggalkan strategi lama yang menumpukan kepada jumlah jualan tinggi seperti menerusi model XE dan E-Pace yang cuba bersaing dengan BMW 3-Series serta X3.

Namun begitu, proses penjenamaan semula ini tidak terlepas daripada kekeliruan dalaman, terutamanya disebabkan oleh penglibatan pihak ketiga dalam pembangunan.

Platform Serba Baharu: Jaguar Electric Architecture (JEA)

Jaguar Type 00 bakal dibina atas platform baharu dikenali sebagai Jaguar Electric Architecture (JEA). Walaupun tidak banyak maklumat dikongsi, platform ini dikatakan mampu menghasilkan kuasa sehingga 1,000 hp dan jarak pemanduan mencecah 430 batu (sekitar 692 km), serta menyokong roda bersaiz sehingga 23 inci.

Type 00

Jaguar turut menyatakan bahawa sistem pengecasan pantas JEA mampu menambah sehingga 200 batu (sekitar 322 km)dalam masa hanya 15 minit apabila disambung kepada pengecas DC berkuasa tinggi.

Harga Mewah, Pelancaran 2026

Versi produksi Jaguar Type 00 dijangka mula dijual seawal tahun 2026, dengan harga melebihi USD 150,000 (anggaran lebih RM700,000). Selepas pelancaran grand tourer ini, varian SUV dan sedan dijangka menyusul tidak lama kemudian.

Sumber asal: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut sumber Autocar dan Autocar India, McGovern dikatakan telah “diiring keluar dari pejabat”,…
Berita Global
Walaupun keseluruhan badan Type 00 kelihatan besar dan agresif, ruang bukaan but belakangnya…
Berita Global
Jurucakap Jaguar Land Rover (JLR) berkata: "Sebagai sebahagian daripada amalan biasa perniagaan,…