Spyshot: Hyundai Elantra 2026 Bakal Tampil Dengan Rekaan Lebih Berani

oleh Qalif Latif|
Hyundai nampaknya bersedia untuk memberi nafas baharu kepada model sedan kompak popular mereka, Elantra, dengan rekaan yang lebih tajam dan futuristik. Melalui rakaman video intipan yang dikongsi di YouTube oleh HealerTV, sebuah prototaip Elantra serba baharu dilihat sedang diuji dengan balutan camouflage, memberi bayangan jelas arah rekaan model 2026 ini.

Rekaan Tajam Dengan Elemen Futuristik

Hyundai Elantra 2026
Berdasarkan pemerhatian, Elantra generasi seterusnya dijangka menggunakan bahasa rekaan terkini Hyundai yang menyerupai gaya pada Sonata facelift.

Antara elemen yang dikesan termasuk lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk nipis dengan bar cahaya bersambung sepanjang garisan hud, serta integrasi lampu utama bersama gril bawah. Bahagian fender hadapan juga kelihatan lebih menonjol dengan garisan tajam yang menghasilkan profil zig-zag di fascia depan.

Hyundai Elantra 2026

Gril berbentuk segi empat bersama bentuk agresif di sekitar lampu utama menambahkan karakter yang lebih berani pada keseluruhan rekaan.

Infotainment Pleos Connect


Selain perubahan luaran, laporan terdahulu turut menyebut bahawa Elantra baharu akan hadir dengan sistem infotainment generasi terkini yang dikenali sebagai Pleos Connect.

Dibangunkan oleh bahagian perisian baharu Hyundai, sistem ini berasaskan Android dan akan memberi fokus utama kepada kawalan skrin sesentuh dengan pengurangan butang fizikal di kabin.

Pilihan Enjin Masih Kekal


Walaupun imej dan teknologi kabin bakal berubah besar, rangkaian kuasa dijangka masih mengekalkan pilihan enjin sedia ada. Hyundai dijangka menawarkan enjin 4-silinder aspirasi natural, enjin turbocharged, serta varian hibrid. Model berprestasi Elantra N juga diharapkan kembali sebagai pelengkap kepada barisan model baharu ini.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
  Hyundai juga akan menganjurkan Hyundai N Trophy Cup dan sebahagian daripada Siri TC America.…
Model Terbaharu
Elantra generasi baharu ini mempunyai ukuran sepanjang 4,675 mm panjang, 1,825 mm lebar dan tinggi…
Berita Domestik
Sedan yang bakal memberikan saingan kepada model seperti Honda Civic, Toyota Corolla, dan Mazda3…