Spyshot: Adakah ini BMW R18 Touring?

oleh Mohamad Hanif|
sumber: RideApart
Motosikal cruiser bernadikan enjin boxer BMW R18 telah pun rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini, di mana menurut informasi dari BMW, kumpulan pertama yang terdiri daripada 18 unit telah pun habis terjual!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi menambahkan rasa geram di kalangan para peminatnya, nun jauh di luar negara laman web RideApart telah berjaya mengesan kelibat BMW R18 dalam varian baharu, dipercayai varian R18 Touring.

 


Tidak banyak perbezaan yang boleh dilihat jika dibandingkan dengan R18 standard, namun anda boleh perhatikan kehadiran kelengkapan bagi menjadikan R18 ini mesra kembara, dimulakan dengan windscreen yang tinggi, serta set ekzos paip terus menggantikan peredam jenis ekor ikan pada model asal.

Selain daripada itu, gugusan lampu utama juga turut berubah, di mana lampu membelok yang dipasang pada handlebar telah dialihkan kepada sistem cagak windscreen, dan diiringi dengan bantuan lampu tambahan.

 


Setakat ini tiada sebarang informasi lanjut berkenaan model R18 Touring yang dipaparkan pada kali ini, dan melihatkan kepada keadaan semasa pandemik yang tidak surut, berkemungkinan besar pelancaran rasmi hanya akan dibuat menerusi dalam talian.

Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Model Terbaharu
Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan…