Spyshoot: Rolls-Royce EV kedua dikesan buat kali pertama

oleh Qalif Latif|
Gambar: Autocar
Rolls-Royce akhirnya dikesan sedang menguji model EV kedua mereka, dan kali ini bukan coupe seperti Spectre. Prototaip yang muncul ialah sebuah SUV besar yang kelihatan sekelas “Cullinan-size”. Ini juga kali pertama model tersebut kelihatan jelas di ujian jalanan, sekali gus menguatkan jangkaan bahawa Rolls-Royce akan menambah satu lagi EV dalam barisan produk mereka dalam masa terdekat.

Menurut laporan Autocar, tiada maklumat rasmi tentang model ini didedahkan oleh pihak Rolls-Royce setakat ini. Apabila ditanya, Rolls-Royce hanya menyatakan mereka tidak boleh mengulas mengenai perancangan produk masa depan. Walau begitu, imej intip yang dirakam menunjukkan SUV ini kelihatan hampir kepada bentuk produksi berdasarkan proporsi badan, bumbung dan rupa keseluruhan.

Ujian di Sweden dekat fasiliti BMW Group

Prototaip tersebut dikatakan dikesan menjalani ujian di Arjeplog, Sweden. Lokasi ini memang terkenal untuk ujian musim sejuk kerana permukaan ais dan salji yang sesuai menilai prestasi traction, braking dan sistem kawalan kestabilan. Menariknya, kawasan ujian ini juga dikaitkan dengan fasiliti milik BMW Group iaitu syarikat induk Rolls-Royce.

Rolls-Royce EV

 

Adakah ini Cullinan EV

Daripada gambar yang tersebar, SUV ini nampak memiliki dimensi dan proporsi yang sangat dekat dengan Cullinan, satu-satunya SUV Rolls-Royce yang dijual sekarang. Sebab itu timbul spekulasi bahawa ini mungkin versi elektrik kepada Cullinan, atau berpotensi menjadi pengganti kepada model tersebut pada masa akan datang.

Namun jika Rolls-Royce benar-benar mahu menggantikan Cullinan enjin pembakaran dalaman kepada EV sepenuhnya, itu bukan keputusan kecil. Cullinan ialah model paling laris Rolls-Royce, malah laporan tersebut menyebut ia menyumbang majoriti jualan Rolls-Royce dengan sekitar 5,664 unit pada 2025. Jadi, langkah ke arah Cullinan elektrik sepenuhnya dijangka dibuat secara berhati-hati, lebih-lebih lagi ketika permintaan EV mewah global kini dilihat tidak setinggi beberapa tahun lalu dan beberapa jenama premium lain juga mula melonggarkan tempo elektrifikasi.

Rolls-Royce EV

 

Bila akan dilancar dan bila dijual

Autocar menjangkakan SUV EV baharu ini berpotensi didedahkan seawal tahun ini, dan jika mengikut kitaran pembangunan biasa, ia mungkin memasuki pasaran sekitar tahun depan. Timing itu juga menarik kerana dijangka bersaing secara terus dengan SUV elektrik pertama Bentley yang turut sedang menuju ke pasaran.

Platform Rolls dengan teknologi BMW untuk bateri dan perisian

Dari sudut teknikal, SUV EV ini dijangka kekal dengan pendekatan Rolls-Royce iaitu menggunakan platform bespoke milik mereka sendiri, sering dirujuk sebagai Architecture of Luxury atau AOL. Platform ini penting untuk mengekalkan karakter Rolls-Royce dari segi refinement, tahap kesenyapan kabin, keselesaan dan rasa pemanduan.

Rolls-Royce EV

Dalam masa sama, ia dijangka mengambil manfaat daripada teknologi BMW Group, khususnya bab bateri dan perisian. Laporan Autocar mengaitkan perkara ini dengan teknologi bateri dan software terkini BMW yang mula digunakan pada BMW iX3 generasi baharu. Model iX3 tersebut disebut sebagai yang pertama menggunakan teknologi itu dan di UK dilaporkan menawarkan jarak pemanduan sekitar 500 batu, kira-kira 805 km.

Jika Rolls-Royce berkongsi asas teknologi yang sama dan menyesuaikannya mengikut standard mereka, SUV EV ini berpotensi tampil dengan jarak pemanduan tinggi serta delivery kuasa yang sangat halus, selari dengan identiti Rolls-Royce yang menekankan kelancaran dan kesenyapan.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Black Badge diwujudkan untuk menarik generasi pelanggan baharu Rolls-Royce yang mahukan sesuatu…
Berita Global
Inspirasi Dari Bulu Emas Bailey Spectre Bailey hadir dengan skema warna dua tona krim dan emas,…
Berita Global
Menurut Presiden Rolls-Royce Amerika Utara, Jon Colbeth, purata umur pembeli baharu model elektrik…