Katanya, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60-an telah ditahan di pejabat SPRM Kedah antara jam 5 petang hingga 10.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.
"Suspek-suspek berkenaan yang merupakan ejen kastam dipercayai bersubahat bersama pemilik kereta.
"Mereka yang terlibat mengemukakan dokumen atau maklumat palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti kastam, sedangkan kenderaan tersebut tidak layak menerimanya," katanya pada Jumaat.
Susulan penahanan tersebut, Majistret Nurshahida Abdul Rahim telah membenarkan kesemua suspek direman selama empat hari.
Penahanan bermula Jumaat sehingga 17 Julai, setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi Jumaat.
Ekoran penahanan itu, sumber memaklumkan, Bahagian Operasi Khas SPRM turut membuat serbuan di beberapa premis perniagaan, pejabat agensi kerajaan serta kediaman di sekitar Lembah Klang, Kedah, Johor, Perak serta Sabah.