SPRM siasat guru terlibat dalam membekal alat ganti automotif

oleh SALINA JALIL|
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang guru kerana disyaki terlibat dalam pembekalan alat ganti automotif berjumlah RM26,706 di sebuah sekolah membabitkan syarikat adiknya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut sumber, guru lelaki berusia 42 tahun yang bertugas di sekolah menengah di negeri Kedah ditahan di Pejabat SPRM Sungai Petani kira-kira jam 11.48 pagi tadi.

 

Difahamkan, pada tahun 2008 sehingga 2015, guru terbabit disyaki telah menggunakan kedudukannya untuk melantik adik beliau bagi tujuan membekalkan peralatan alat ganti automotif ke sekolah tersebut.
 

 

Bagaimanapun, individu itu dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

 

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

 

 

SH
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML)…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz selaku Penolong Setiausaha Gred M44 ketika itu, didakwa menerima…
Berita Domestik
Permohonan reman antara dua hingga tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 November itu dikeluarkan…