Sprinter baharu makin moden, makin canggih

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Van komersil popular Mercedes-Benz, Sprinter memang antara produk kenderaan perniagaan paling popular di dunia.

Mercedes-Benz baru-baru ini telah melancarkan Sprinter generasi ketiga di bandar pelabuhan Duisburg, Jerman.

Sprinter kali ini direka berdasarkan mega-trends yang memberi fokus kepada urbanization, digitalization dan perniagaan e-commerce yang semakin hari semakin mahu meletup.

Menurut Ketua Van Mercedes-Benz, Volker Mornhinweg, semua orang kini membeli belah secara online atau digital.

 

 

"Inilah peluang terbaik untuk Mercedes-Benz," ujar Mornhinweg di hadapan lebih kurang 400 wakil media dari seluruh pelusuk dunia, kecuali dari Careta. 

Mercedes-Benz juga akan melancarkan Sprinter varian elektrik, atau eSprinter tahun hadapan. Sebanyak 3.4 juta unit Sprinter telah dijual di seluruh negara sejak dilancarkan pada tahun 2018.

Tahun lalu, Mercedes-Benz menjual lebih dari 200,000 unit Sprinter di seluruh dunia dan sejak dilancarkan dalam tahun 1995, sudah lebih dari 3.4 juta unit Sprinter berada di atas jalanraya.

 

 

"Jualan Sprinter tahun lalu meningkat 12 peratus, tahun keempat Sprinter mengalami kenaikan penjualan," terang Mornhinweg.

Sprinter baharu akan menggunakan teknologi MBUX yang mempunyai sistem navigasi "what3words".

Sistem itu membolehkan pemandu pergi ke sebuah alamat dengan ketepatan lingkungan tiga meter, tanpa menggunakan nama jalan atau alamat pun.

 

 

Mercedes-Benz ialah OEM pertama yang menggunakan teknologi navigasi what3words. 

Sprinter juga akan dilengkapi dengan Mercedes Pro Connect, pakej adVANce dan pelbagai sistem digital lain.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) C&C, Thomas Tok berkata, walaupun negara dilanda pandemik Covid-…
Berita Domestik
Sejak diperkenalkan pada tahun 1991, seramai lebih daripada 60,000 pemain golf dari 60 buah negara…
Berita Global
Malah, fakta yang baru diterima ini menunjukkan Taycan menerima sejumlah pendaftaran minat yang…