Sportscar Together Day ajak komuniti Porsche bersatu di Litar Sepang, 3 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Performance (SDAP) ingin mengajak para pelanggan dan para peminat Porsche di Malaysia untuk menghadiri acara Sportscar Together Day bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada para pengunjung tidak mengira usia disamping memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat pelbagai model-model ikonik Porsche seperti:

  • kesemua generasi Porsche 911
  • jentera lumba yang memenangi pelumbaan Le Mans, 919 Hybrid
  • model berskala 1:3 Porsche Mission E dalam bentuk Augmented Reality (AR) yang membawakan prebiu kereta EV pertama Porsche, Taycan
     


Manakala para pemilik Porsche adalah diseru untuk membawa kenderaan masing-masing bagi menyertai Porsche Parade yang disasarkan untuk menjadi perhimpunan terbesar kenderaan Porsche di dalam negara. 

Untuk ibu bapa yang inginkan aktiviti khusus buat anak-anak boleh mendaftarkan minat untuk program Porsche Junior Experience pada hujung minggu ini. 

Di sini, kanak-kanak berumur 4 sehingga 12 tahun akan diajar asas-asas pemanduan di jalan raya dan juga litar lumba menggunakan sebuah litar khas yang dibina seakan-akan Litar Antarabangsa Sepang dan juga kondisi sebenar di jalan raya. 
 


Jadi, kepada para pelanggan dan juga peminat Porsche di Malaysia, ambil kunci, hidupkan enjin jentera masing-masing dan gegarkan Litar Sepang pada 3 Ogos ini .

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran minat, sila layari laman web http://myporsche.com.my/sctd

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…