Sports car Yamaha OX99-11 untuk dijual, 1 unit (dari RM5.44 juta)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahukah anda, jenama garpu penala dari Jepun ini yang kita kenali sebagai pengeluar motosikal terkemuka di dunia sebenarnya pernah menghasilkan sebuah kereta sports?

Ini merupakan cubaan pertama Yamaha untuk menghasilkan kereta sports produksi massa pertama mereka di bawah syarikat subsidiari Ypsilon Technology dan konsultansi kejuruteraan IAD. 

Yamaha bermula menceburkan diri di dalam Formula One sebagai pembekal enjin pada tahun 1989, dan dengan pengetahuan know-how mereka di dalam sukan tersebut, Yamaha mahukan sebuah kereta sports tersendiri. 
 


Mereka membawakan idea tersebut kepada sebuah syarikat Jerman untuk merealisasikannya, namun Yamaha tidak berpuas hati dengan hasil akhir, kerana ia terlalu menyerupai produk sedia ada di pasaran. 

Oleh sebab itu, Ypsilon Technology bertemu dengan IAD untuk meneruskan projek yang tersangkut itu, dan dalam masa 12 bulan, IAD hadir dengan sebuah prototaip dengan konfigurasi tempat duduk tunggal. 

Yamaha OX99-11 sepatutnya memasuki fasa produksi pada tahun 1994, akan tetapi krisis kewangan yang melanda Jepun pada ketika itu menyebabkan projek ini mustahil untuk dilaksanakan. 
 


Akhirnya, hanya tiga buah prototaip dihasilkan dan salah satu daripada sports car Yamaha ini sedang mencari pemilik baharu. 

Apa yang anda bakal dapat ialah sebuah kereta sports dengan konfigurasi tempat duduk 1+1, dan dikuasakan oleh enjin V12 3.5 liter aspirasi natural yang mampu menghamburkan 440 kuasa kuda dan berkeupayaan mengaum pada putaran enjin 10,000 rpm!

Ia dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan yang memacu roda belakang. 
 


Untuk anda yang berminat, boleh melayari laman web JP Motor untuk mencuba nasib dan harus mempunyai uang berjumlah $1.3 juta (RM5.44 juta). 

Sumber: JP Trader melalui CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara kasarnya, BMW i8 merupakan salah satu kereta sports dengan rekaan yang futuristik dan tidak…
Berita Global
Sebagai sebuah model yang lebih bertenaga, Porsche 911 Turbo S ini hadir dengan enjin serba baharu…
Berita Global
Cakap-cakap berkenaan Nissan Z (atau nama cadangan yang diberi Nissan 400Z 2021) sudah pun timbul…