Rekaan yang dinamakan "SPOON リジカラ CIVIC S-Tai2025 Rd.3" ini dibangunkan untuk menyerlahkan identiti agresif serta karakter sebenar jentera lumba Spoon, walaupun tidak dapat menggambarkan sepenuhnya reka bentuk bumper hadapan yang baru dibangunkan dalam dunia sebenar. Spoon bagaimanapun percaya bukaan lebar serta garisan tajam masih mampu memberi impak visual yang kuat dalam permainan tersebut.

Livery tersebut turut menampilkan nama pemandu utama, Yusuke Mitsui, serta beberapa pemandu lain yang dikaitkan dengan pasukan, selain logo pelbagai penaja seperti Motul, Bridgestone, dan HRC. Visual kereta dipadankan dengan rekaan dua tona biru dan kuning yang menjadi signatur Spoon Sports sejak bertahun-tahun.

Penggunaan model Honda Civic sebagai asas livery ini juga mengekalkan reputasi Spoon sebagai antara penala (tuner) Honda paling disegani dalam dunia permotoran Jepun mahupun antarabangsa. Untuk peminat Gran Turismo 7, penambahan ini pastinya menjadi satu lagi sebab untuk kembali ke litar maya Fuji dan menghidupkan semula semangat perlumbaan 24 jam.
Apa lagi pengguna FL5 di Malaysia, boleh copy paste livery terbaru Spoon ini!