Spoiler dan sirip McLaren ini berharga RM42 ribu, tidak termasuk upah pasang

oleh Muhammad Md Tajudin|
Selepas dibuat ujian barulah tahu keberkesanan kit itu di mana atau sekadar membebankan kereta.

Namun secara asasnya ialah pertambahan kit sama ada yang berfungsi dari segi aerodinamik atau sekadar gayaan kedua-duanya mempunyai kesan tersendiri.

Kerja-kerja pembaikan aerodinamik memang tidak akan habis walaupun daripada pengeluar kereta berprestasi dan eksotik.

Sebagai contoh McLaren Special Operations (MSO) pada 5 Jun lalu mengumumkan penjualan High Downforce Kit (HDK) yang dibuat khusus untuk model 570S Coupé dan 570S Spider.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MSO High Downforce Kit

 

Satu persoalan yang selalu timbul apabila melihat spoiler tinggi di atas kereta ialah sama ada ia benar-benar berfungsi atau hanya gayaan sahaja?

Bergantung sebenarnya, untuk pengeluar atau penala yang benar-benar membuat kajian mereka akan menamakannya sebagai kit aerodinamik. Pengeluar atau penala yang pilih jalan selamat pula akan menggunakan terma kit penggayaan.

Untuk menjadikan sesebuah kit terbukti daripada segi aerodinamik, banyak ujian yang perlu dilakukan sama ada di dalam terowong angin, di litar lumba atau jalanan.

Kit yang terdiri daripada spoiler dan sirip belakang berupaya memberi impak signifikan kepada tahap aerodinamik selain menambah daya tarikan visual kereta pemilik.

 

MSO High Downforce Kit

 

Spoiler belakang tampak ringkas tetapi anggun dan turut menaikkan lagi tarikan kedua-dua model Coupé dan Spider.

Spoiler ini bukan sekadar aksesori tambahan, ia menyumbang kepada pembaikan prestasi dan keupayaan dinamika kereta. 

Pemasangan HDK memberikan tambahan 75 kilogram daya mendap (downforce), memperbaiki tahap kestabilan semasa melalui selekoh pada kelajuan tinggi dan tahap pengendalian kereta pada sebarang kelajuan.

Spoiler belakang diperbuat daripada gentian karbon yang sifatnya ringan dan kuat. Reka bentuk spoiler ini rendahkan di tengah supaya senada dengan kontur badan kereta.

 

MSO High Downforce Kit

 

Tiang spoiler daripada aluminium pula didatangkan kontra warna hitam kilat dengan bahagian dalam disorokkan pendawaian untuk lampu brek ketiga. Pada sisi spoiler ialah logo MSO bagi menonjolkan identiti kit dan pengeluarnya.

Sudah namanya kereta eksotik, HDK daripada MSO ini tidak murah, ia dipasarkan pada harga £7,950 (RM42,012) dan hanya boleh dipesan khusus dari pengedar McLaren.

Pemasangan di pengedar McLaren mengambil masa kira-kira empat jam dan harga yang dinyatakan tidak termasuk upah.

Tetapi sebelum itu adakah berbaloi melabur RM42,000 untuk dua unit sahaja kit aerodinamik? 75 kg tambahan daya mendap bukan main-main dan control is everything!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*£1 = RM5.28

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…