Spirit of Innovation - kapal terbang elektrik dari Rolls Royce

oleh HEZERI SAMSURI|
Setelah dua tahun dibangunkan, Rolls Royce akhirnya menyertai perlumbaan untuk menghasilkan pesawat mapan bila Spirit of Innovation berjaya dalam ujian penerbangan di UK baru-baru ini.

Walaupun ia cuma terbang selama 15 minit, ujian yang berlangsung di fasiliti ujian Boscombe Down milik Kementerian Pertahanan UK telah menghasilkan cukup data untuk menghasilkan pesawat yang lebih baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pesawat Spirit of Innovation dipacu oleh trenkuasa elektrik yang menghasilkan 400kW (500+ hp) dan menggunakan pek bateri paling padat pernah dihasilkan untuk sebuah kapal terbang.

Rolls Royce tidak menyebut kelajuan maksimum pesawat ujian itu tetapi sasarannya ialah untuk memecahkan rekod Extra 330LE pada 343 kmsj.

Syarikat itu juga sudah memulakan pembangunan pesawat penumpang elektrik bersama syarikat penerbangan Scandinavia, Widerøe yang dijangka akan memulakan operasi pada 2026.

* Laporan lengkap di Luxuo.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…