Spesifikasi trenkuasa Hyundai Kona 2024 didedahkan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Hyundai baru-baru ini telah mendedahkan lebih lanjut mengenai spesifikasi dan reka bentuk Hyundai Kona 2024 yang diperkenalkan pada bulan lepas, Kona generasi baharu itu ditawarkan lengkap dengan trenkuasa enjin pembakaran dalaman, hibrid dan EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Spesifikasi Kona 2024 untuk jualan global pula bakal didedahkan pada bulan Mac, untuk pasaran Korea, Kona baharu itu ditawarkan dengan dua varian enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid dan juga EV.

 

2

 

Antara ICE yang ditawarkan ialah enjin 2.0 liter NA dipadankan dengan Intelligent Variable Transmission (IVT) menghasilkan 147 HP dan 180 Nm, bagi yang menginginkan lebih kuasa, Hyundai turut tawarkan enjin 1.6 liter TGDi menghasilkan 195 HP dan 265 Nm.

Untuk trenkuasa hibrid, Kona 2024 dikuasakan enjin 1.6 liter GDi dipadankan dengan motor elektrik tunggal menghasilkan 139 HP dan 265 Nm.

 

3

 

Dari segi saiz, Kona 2024 mempunyai dimensi yang besar sedikit berbanding generasi sebelumnya dengan 4,350 mm panjang, 1,825 mm lebar, 1,580 mm tinggi dan 2,660 mm jarak roda.

Pada bahagian dalam, Hyundai mengatakan bahawa Kona generasi baharu itu memiliki ruang yang lebih luas dan serba guna dimana ia didatangkan dengan ruang kaki lebih 77 mm, ruang kepala lebih 11 mm dan ruang bahu untuk penumpang belakang.

 

4

 

Tambahan ruang itu disumbang oleh jarak roda yang bertambah sebanyak 60 mm berbanding generasi sebelumnya, tombol gear shift-by-wire baharu juga diposisikan pada belakang stereng yang memberikan lebih ruang pada konsol tengah.

Pada bahagian kabin dan infotainment, Kona 2024 dilengkapi dengan 2 skrin 12.3 inci, sama seperti yang ada pada Hyundai Ioniq 5.

 

5

 

Ia juga dilengkapi dengan pencahayaan ambien, pintu belakang kuasa pintar, pengecasan tanpa wayar, ciri kawalan jauh dan beberapa ciri ADAS termasuk Smart Cruise Control (NSCC) berasaskan navigasi serta Highway Driving Assist (HDA).

Buat masa ini tidak dapat dipastikan persamaan spesifikasi Kona 2024 untuk pasaran Korea dan pasaran global, bagi kuasa dan jarak gerak versi EV, ia mungkin akan memiliki nombor yang sama seperti Kia Niro EV.

 

 

Sumber: carscoops

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…